Saturday, September 15, 2012

Facebook, teman dan fokus

Dah lama tak on facebook, dah berapa bulan tak ingat. Bukan tak rindu kawan-kawan...terutamanya kawan-kawan di luar negara, yang bukan senegara. Apalah khabar mereka di sana. Ish, aku bukan tak kenang kawan, tapi memandangkan facebook tu akan membuatkan aku terlalu leka..terpaksalah aku bertahan tiada berfacebook. Tapi syukur, kurang rasa bersalah. hehehehe...semoga Tuhan redha....amin.

Pagi ni ni aku dapat sms yang sangat menyentuh hatiku. Supervisor PhD ku menasihatkanku supaya bersabar dengan kesusahan yang aku hadapi. Beliau memintaku membaca surah Al-Imran ayat 200 yang maknanya berbunyi, "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Terima kasih Tuhan, kerana bukan sahaja mengurniakanku ketua (supervisor) yang boleh menasihatiku tentang pengajianku, bahkan juga mengajakku mengingati dan bertakwa kepada Mu.

Benar, tugasku banyak. Bukan aku seorang. Teman-teman di luar sana juga mempunyai dugaan mereka masing-masing. Jadi, fokus huda FOKUS! Tetapkan matlamat, senseng lengan..opppss..jangan sampai buka aurat. :) Jadi, bila pergi kerja, wajib usaha sungguh-sungguh. Jangan buang masa. Fokus! Rehat bila perlu. Solat tepat masa. Aurat pelihara. Pergaulan jaga. Kalau dah buat kewajipan kita, yang lain serahkan kepada Pemilik Alam Semesta. Jangan takut Jangan Sedih huda! Chioookkkk!!!!! hehehehehehe.....

Akhir kata semoga Allah terima amal saya dan amal kamu. Amin.

Thursday, June 28, 2012

Sama macam orang lain

Sama je. Setiap orang ada masalah masing-masing. Setiap orang sedang berdoa dan menunggu-nunggu doa dan harapan dimakbulkan Tuhan, supaya usaha membuahkan hasil.

Untuk kes aku, biasalah, apa je semua pelajar seperti aku harapkan? Kalau masuk dewan periksa, mesti nak score, kalau buat research, mesti nak dapat result bagus-bagus, lepas tu last sekali dapat publish experiment tu dalam jurnal yang bagus, akhir sekali grad on time. Nampak macam senang, tapi jalannya penuh liku-liku berduri. Terutamanya macam aku yang belum boleh berdikari sepenuhnya. Masih perlukan tunjuk ajar orang untuk buat sesuatu perkara. Jadi kalau mengharapkan orang lain terpaksalah menunggu 'masa' orang. Lagi satu bab duit untuk buat research. Buat masa sekarang aku masih lagi terpaksa meminta-minta daripada kawan-kawan dan allocation daripada projek lain untuk membiaya projek ku. Apa nak buat. Emmm....dah nak masuk satu tahun lima bulan aku buat PhD, tapi belum ada satu result pun yang boleh aku reportkan. Sedih memang sedih, tapi apa nak buat. Semua yang aku dapat ni, pertolongan daripada orang, ilmu yang aku dapat, biaya yang aku dapat, semua pun rezeki daripada Allah jugak. Takpelah, bersabarlah yang boleh aku beritahu diriku.

Okay semua! Bahagian kita ialah USAHA, USAHA dan terus USAHA. Yang nak tentukan kita berjaya atau tak, hanya Allah. Semoga usaha kita berada di jalan yang betul, dan dipelihara daripada perkara-perkara mungkar. Amin. Tuhan, berkatilah semuanya dan ampunkan.....

Wednesday, May 23, 2012

ada macam macam

Assalamualaikum warahmatullah,

Tersenyum-senyum aku melihat Ustaz Don di kaca tv pagi Selasa lepas. Itulah kali pertama aku malihat beliau, selama ini aku hanya mendengar sahaja cerita tentang beliau yang sangat popular itu. Dan hari ini Khamis, dah masuk 3 hari aku melihat beliau setiap jam 7.30 pagi di chanel al Hijrah.

Oh ya....aku masih dengan seluar jeans dan t-shirt burukku setiap hari ke kampus. Atau sekali sekala dengan baju kurung gaya mak cik mak cik bila aku tak perlu membuat kerja kotor di makmal. Memang tak kelihatan menarik, tapi biarlah, cukuplah aku bercantik-cantik di rumah untuk suami ku....hahahaha.

Oh, bagaimana mahu kelihatan menarik dengan menutup aurat dan praktikal??? akan ku fikirkan lagi.

Bagaimana pula untuk menambah ilmu di dada? Banyakkan membaca, kita wajib luangkan masa...nanti aku fikirkan cara pelaksaannya. yang penting mesti ada 'tajuk'. contohnya, hari ni aku nak belajar tentang pengiraan sel mikroalga. Nah, tetapkan objektif, dan cari maklumat!

Bila masa pula nak ajar anak mengaji? atau baca buku?

Bila masa nak tulis berkenaan kajian PhD??

OOOhhhhhhh....hari ini aku belajar erti spontan. (perkataan spontan ini telah diingatkan dalam diriku semasa menonton siri Laskar Pelangi Selasa lalu, jam 8.30 malam di tv al Hijrah). Buat ketika ini, aku PERLU sentiasa tahu akan KEWAJIPAN ku.... perlu tahu bila deadline akan setiap perkara...dan LAKUKAN. Kadangkala PENTING untuk SPONTAN. Bila rasakan sesuai, lakukan. Tak perlu banyak fikir. Contohnya pagi ini aku luangkan masa dengan Fatima, gadis genit beumur 4 tahun membaca bukunya. tak sampai 10 min, tapi cukup bagiku daripada tiada langsung. Okay, contoh kedua, hari ini aku pergi ke MAEPS, di Danau Perikanan melihat sistem akuakultur tertutup milik Fisheries Research Institute dengan rakan-rakan pegawai teknikal sekaligus membelanja mereka sarapan pagi. Spontan kerana aku sedar ada perkara besar lain perlu aku lakukan, tapi tak mengapa, lakukan apa yang ku tiba-tiba rasakan boleh!

Oh ya, harus berhenti dahulu, memberi laluan kepada sesuatu yang lebih penting, menyiapkan kertas cadangan untuk permohonan geran penyelidikan. Teruskan Huda!!! Tiada yang mustahil, selagi aku yakin ada KUASA KUAT di belakang ku. 

okay, sampai jumpa lagi.

-norulhuda, aquatic animal health laboratory, 145 pm, 24/5/2012.

Tuesday, January 10, 2012

aku

Assalamualaikum warahmatullah..

Umurku akan menjangkau 32 tahun pada September ini. Sekiranya melihat kepada fizikalku, ramai orang mengatakan aku belumlah kelihatan tua. Tetapi bagi aku yang selalu menatap perubahan wajahku sejak aku pandai melihat cermin, tentulah aku tahu dari sehari ke sehari aku kelihatan bertambah usia. Pertambahan usia bukan sesuatu yang patut digeruni, walau aku pasti, ada jua rasa takut dalam diriku. Yang sangat kuharapkan, biarlah cara pemikiranku, akhlakku, ilmuku, ibadahku, bertambah selari dengan pertambahan usiaku.

Ahad lalu, aku berlari atau berjogging bak kata orang Inggeris, di sekitar kawasan perumahanku. Tatkala aku mula berlari, jam sudah menunjukkan pukul 7.20 dan anak-anaku masih sedang melelapkan mata manakala suamiku sedang asyik dengan MacBook Pronya. Sebaik tiba di rumah setelah berlari, suami ku bertanya, "jauh ke sayang lari?". "Taklah, pusing satu bulatan sampai surau je, 20 min non-stop," jawabku. "Wah, boleh tahan," balas suamiku. Aku tersenyum, sedikit berbangga dengan kemampuan fizikalku pada umur sebegini. "Aku tahu aku boleh lari jauh lagi," komenku dalam hati. Wah, cara aku bercakap macamlah aku ni dah berumur 50 tahun!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan di atas adalah sekitar sebulan yang lalu. Sejak itu, aku cuma telah berjaya meluangkan masa sekali sahaja berjogging, kali itu di taman rekreasi Kolej sebelas, UPM. Almost 2km, non-stop. Dah, itu sahaja, kini dah hampir 3 minggu aku tak berlari, maklumlah, sibuk balik kampung. Cuti raya cina aku mandi-mandi pantai di Teluk Batik, cuti Maulud Nabi aku mandi-mandi di pantai Port Dickson. Pertama kali naik banana boat dan satu lagi yang seakan banana boat tetapi boleh naik cuma 3 orang. Aku sangat teruja! Kami jugak ke Gadek, Alor Gajah, mandi kolam air panas. Wah, seronok betul berekreasi! Lepas tu paling kuat aku bersenam ialah dengan mengemop lantai rumah. Kali terakhir mop lantai rumah ialah malam tadi. 95% lantai rumah tu aku mop. Jangan risau, rumahku kecil sahaja.

Hahahahaha....eh, kenapa aku ketawa. Pastilah aku gembira. Wah, kadang-kadang memang terbit rasa cemburu melihat kawan-kawan melancong dan melakukan pelbagai aktiviti lasak yang menarik. Tapi apakan daya, aku ni belum mampu lagi nak melancong-lancong. Tunggulah kalau ada rezeki jejak kaki lagi ke Eropah. Aku harap jugak satu hari nanti aku boleh luangkan banyak masa mendaki gunung, belajar berenang (tak malukan dah tua-tua masih tak tahu berenang), snorkeling (eh, betul ke aku eja ni), ice-skating, naik bot dari pulau ke pulau, semestinya berbasikal, naik rakit di jeram dan macam-macam lagi. Bila anak-anakku dah besar, kami satu keluarga boleh berkhemah di taman negara. Wah, seronoknya.