Tuesday, January 10, 2012

aku

Assalamualaikum warahmatullah..

Umurku akan menjangkau 32 tahun pada September ini. Sekiranya melihat kepada fizikalku, ramai orang mengatakan aku belumlah kelihatan tua. Tetapi bagi aku yang selalu menatap perubahan wajahku sejak aku pandai melihat cermin, tentulah aku tahu dari sehari ke sehari aku kelihatan bertambah usia. Pertambahan usia bukan sesuatu yang patut digeruni, walau aku pasti, ada jua rasa takut dalam diriku. Yang sangat kuharapkan, biarlah cara pemikiranku, akhlakku, ilmuku, ibadahku, bertambah selari dengan pertambahan usiaku.

Ahad lalu, aku berlari atau berjogging bak kata orang Inggeris, di sekitar kawasan perumahanku. Tatkala aku mula berlari, jam sudah menunjukkan pukul 7.20 dan anak-anaku masih sedang melelapkan mata manakala suamiku sedang asyik dengan MacBook Pronya. Sebaik tiba di rumah setelah berlari, suami ku bertanya, "jauh ke sayang lari?". "Taklah, pusing satu bulatan sampai surau je, 20 min non-stop," jawabku. "Wah, boleh tahan," balas suamiku. Aku tersenyum, sedikit berbangga dengan kemampuan fizikalku pada umur sebegini. "Aku tahu aku boleh lari jauh lagi," komenku dalam hati. Wah, cara aku bercakap macamlah aku ni dah berumur 50 tahun!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan di atas adalah sekitar sebulan yang lalu. Sejak itu, aku cuma telah berjaya meluangkan masa sekali sahaja berjogging, kali itu di taman rekreasi Kolej sebelas, UPM. Almost 2km, non-stop. Dah, itu sahaja, kini dah hampir 3 minggu aku tak berlari, maklumlah, sibuk balik kampung. Cuti raya cina aku mandi-mandi pantai di Teluk Batik, cuti Maulud Nabi aku mandi-mandi di pantai Port Dickson. Pertama kali naik banana boat dan satu lagi yang seakan banana boat tetapi boleh naik cuma 3 orang. Aku sangat teruja! Kami jugak ke Gadek, Alor Gajah, mandi kolam air panas. Wah, seronok betul berekreasi! Lepas tu paling kuat aku bersenam ialah dengan mengemop lantai rumah. Kali terakhir mop lantai rumah ialah malam tadi. 95% lantai rumah tu aku mop. Jangan risau, rumahku kecil sahaja.

Hahahahaha....eh, kenapa aku ketawa. Pastilah aku gembira. Wah, kadang-kadang memang terbit rasa cemburu melihat kawan-kawan melancong dan melakukan pelbagai aktiviti lasak yang menarik. Tapi apakan daya, aku ni belum mampu lagi nak melancong-lancong. Tunggulah kalau ada rezeki jejak kaki lagi ke Eropah. Aku harap jugak satu hari nanti aku boleh luangkan banyak masa mendaki gunung, belajar berenang (tak malukan dah tua-tua masih tak tahu berenang), snorkeling (eh, betul ke aku eja ni), ice-skating, naik bot dari pulau ke pulau, semestinya berbasikal, naik rakit di jeram dan macam-macam lagi. Bila anak-anakku dah besar, kami satu keluarga boleh berkhemah di taman negara. Wah, seronoknya.