Thursday, December 7, 2017

Palestine dan aku

Assalamualaikum.

Semalam dunia gempar bila Presiden Amerika, Donald Trump mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. OK, sebagai rakyat Malaysia, ada dua isu kat sini.

1- Malaysia tak pernah mengishtiharkan wujudnya negara Israel.

2- Apabila kita menerima negara Israel tidak wujud, bagaimana kita boleh meletakkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara kepada sebuah negara yang tidak wujud?

OK, jadi soalan seterusnya apa yang kita, aku sebagai rakyat marhaen patut buat sebagai respon kepada isu ini. Banyak yang dicadangkan oleh badan NGO macam Aman Palestine, atau individu seperti Dr. Hafidzi macam mana orang macam aku boleh bertindak.

1- Doalah sebanyaknya untuk keselamatan umat Islam di negara yang di baham oleh tentera Israel, Amerika dan sebagainya.

2- Menyumbanglah semampu wang ringgit yang kita ada.

3- Boikotlah semampu yang kita boleh akan produk yang dimiliki oleh Yahudi yang dipercayai menyumbang kepada tabung mereka, macam McDonald, Starbucks, etc.

OK, inshaAllah. Nampak boleh dibuat.

Tapi ada satu lagi hal. Aku lalai. Perang nun jauh di mata. Sepertinya jauh. Tapi tiada yang jauh. Teringat luahan rakyat Syria, mereka tak pernah menyangka peperangan akan terjadi pada mereka. Tiba-tiba negara mereka musnah. Aku? Sekarang rakyat Malaysia struggle nak cukupkan keperluan, dalam pada tu rata-rata rakyat mempunyai telefon canggih, berupaya menonton hiburan di Youtube 24 jam, di mana-mana termasuk aku. Tapi aku rasa lemah. Thesis yang ku hadap seolah tidak bergerak. Aku teringin sekali mengambil semangat rakyat Palentin, Syria, Yaman, supaya menjadikan aku bersyukur, bersemangat, tapi semuanya umpama angan-angan mat jenin, terawang-awang dan tak pernah berpijak di bumi nyata.

Setakat ini aku belum terjumpa dengan semangatku. 
Takkan aku macam ni, biasa biasa?
Bak kata Saiful Islam, "Tuhan tak menjadikan aku biasa-biasa".
Aku tak nak jadi biasa-biasa. Biasa-biasa bosan. Macam buih-buih tu yang hilang dan pergi silih berganti. Ada tak apa, tiada pun tak apa. Kesiannya aku kalau terus begini.

Akhirnya, jangan lupa doalah untuk diri sendiri yang nampak lebih kasihan dan malang ini daripada rakyat Palestin yang tiap saat hati mereka tak pernah alpa.....

-Perpustakaan Sultan Abdul Samad
8 Disember 2017.