Saturday, September 15, 2012

Facebook, teman dan fokus

Dah lama tak on facebook, dah berapa bulan tak ingat. Bukan tak rindu kawan-kawan...terutamanya kawan-kawan di luar negara, yang bukan senegara. Apalah khabar mereka di sana. Ish, aku bukan tak kenang kawan, tapi memandangkan facebook tu akan membuatkan aku terlalu leka..terpaksalah aku bertahan tiada berfacebook. Tapi syukur, kurang rasa bersalah. hehehehe...semoga Tuhan redha....amin.

Pagi ni ni aku dapat sms yang sangat menyentuh hatiku. Supervisor PhD ku menasihatkanku supaya bersabar dengan kesusahan yang aku hadapi. Beliau memintaku membaca surah Al-Imran ayat 200 yang maknanya berbunyi, "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Terima kasih Tuhan, kerana bukan sahaja mengurniakanku ketua (supervisor) yang boleh menasihatiku tentang pengajianku, bahkan juga mengajakku mengingati dan bertakwa kepada Mu.

Benar, tugasku banyak. Bukan aku seorang. Teman-teman di luar sana juga mempunyai dugaan mereka masing-masing. Jadi, fokus huda FOKUS! Tetapkan matlamat, senseng lengan..opppss..jangan sampai buka aurat. :) Jadi, bila pergi kerja, wajib usaha sungguh-sungguh. Jangan buang masa. Fokus! Rehat bila perlu. Solat tepat masa. Aurat pelihara. Pergaulan jaga. Kalau dah buat kewajipan kita, yang lain serahkan kepada Pemilik Alam Semesta. Jangan takut Jangan Sedih huda! Chioookkkk!!!!! hehehehehehe.....

Akhir kata semoga Allah terima amal saya dan amal kamu. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

semoga berjaya.. usaha!!