Thursday, April 12, 2018

Look for treasures because you will find them

Yesterday I was a person who likes to compare my situations with others.

Today I don't want to be that person anymore.

Because I realize that each of us is destined for a different path, each path leads us to our Maker.

Some people are blessed with time (to study, to travel, etc) but they may have less money and less family.
Some people are blessed with a good job, but they may have less time for their family.
Some people work under the hot sun as they are fishermen, or farmers, or a road or building builders.
Some people always busy in traffic as they are bus drivers.
Some people are busy in a hospital as they are nurses, or doctors, or hospital cleaners.
Some people are busy in school as they are teachers.

No matter who we are.

Remember, every moment is a blessing. Always look for treasure because there must be one and you will find it. Because it's your heart that determines it.

Thursday, March 8, 2018

Senang ke susah buat PhD?

Pernah tak korang rasa dah TAK NAK MENGELUH sebab kesusahan korang tu sebenarnya sikit je berbanding kebahagiaan yang korang kecapi?

Contoh pada pengalaman aku sendiri:

- Nak buat PhD belum siap-siap, aku rasa susah, banyak moment yang aku rasa amat payah (mind you guys, bukan baru setahun dua aku buat PhD, dah 7 tahun lebih, so aku boleh cerita benda ni. :)). Hakikatnya dalam proses membuat PhD itu, ada banyak yang aku pelajari, tempat yang aku lawati, orang-orang baik yang aku kenali. Kalau ditimbang-timbang, nikmat itu lebih banyak. Jadi sabarlah, syukurilah, dan berbahagialah.

- Susah sebab duit dah makin takde, tabung dah habis licin. Tak apa. Memang susah tapi tak apa. Sebab rezeki di tangan Allah. Belajar untuk berdoa, dan sentiasa rasa syukur, dan paling penting belajar untuk bertawakkal. Seperti tawakkal si burung, pergi pagi dan balik petang..ada rezeki di situ. Especially untuk anak-anak. Rezeki anak-anak bukan terletak pada tangan kita. Jangan risau.

- Takde PhD, tapi ada master dan bachelor degree kan. Dah cukup sangat. (ada orang langsung tak dapat pergi sekolah, bukan sebab tak pandai, tapi sebab miskin, atau sebab negara dia berperang). InshaAllah boleh cari kerja dengan knowledge yang ada tu. Dan....sijil ini tak menjamin duit yang banyak, ianya lebih kepada saham akhirat, supaya kita sebagai manusia tidak mensia-siakan potensi diri yang ada. Aku rajin. Rajin kerana Allah suka hamba-Nya yang rajin dan kuat usaha. Rajin akan dapat ganjaran daripada Allah. Yakinlah. Ganjaran Allah tu rahsia, tak semestinya duit, tapi yakin, ganjaran Allah tu pasti adil dan melimpah-ruah. Bagi Allah, tiada apa yang sia-sia, selama mana kita buat kerana-Nya.

- So......apa yang nak dirungutkan. Be happy. :)

Wednesday, January 17, 2018

Saat kau diuji

Sebenarnya sebagai hamba kita semua tahu kita sedang diuji. Terutamanya bila dalam kesusahan, kita sedar kita diuji, jadi kita cuba untuk sabar.

Tapi......... hati-hatilah nanti, bila aku sebagai sahabat, ibu, isteri, dan sesiapa saja...jgn aku menyusahkan orang dengan kata-kata ku. Sebab kebanyakan masa orang boleh sabar dengan ujian yang dia lalui, tapi orang tak tahan dengan manusia sekeliling yang mungkin prihatin, nak tolong, bertegur sapa, ambik berat, tapi tanpa sedar mereka menyusahkan hati dan perasaan orang lagi ada. So tak perlu kita beri motivasi sangat, kalau kita kesian kita offer pertolongan, kalau tak boleh tolong kita doakan. Sebab nasihat kita kadangkala lebih pada menyakitkan hati daripada meringankan. Kita takkan pernah faham, sebab orang takkan share 100% dengan kita kesusahan dia. Yang dia share tu mungkin cuma 2% je kot. Lepas tu cara kita cakap macam kita faham sangat, padahal sezarah pun daripada apa yang dia lalui kita tak pernah rasa. Lepas tu cara kita cakap seolah kita judge dia malas, tak pandai manage masa.. So hati-hatilah. Sebab tu Islam cakap jangan memberi nasihat melainkan diminta.             

Thursday, December 7, 2017

Palestine dan aku

Assalamualaikum.

Semalam dunia gempar bila Presiden Amerika, Donald Trump mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. OK, sebagai rakyat Malaysia, ada dua isu kat sini.

1- Malaysia tak pernah mengishtiharkan wujudnya negara Israel.

2- Apabila kita menerima negara Israel tidak wujud, bagaimana kita boleh meletakkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara kepada sebuah negara yang tidak wujud?

OK, jadi soalan seterusnya apa yang kita, aku sebagai rakyat marhaen patut buat sebagai respon kepada isu ini. Banyak yang dicadangkan oleh badan NGO macam Aman Palestine, atau individu seperti Dr. Hafidzi macam mana orang macam aku boleh bertindak.

1- Doalah sebanyaknya untuk keselamatan umat Islam di negara yang di baham oleh tentera Israel, Amerika dan sebagainya.

2- Menyumbanglah semampu wang ringgit yang kita ada.

3- Boikotlah semampu yang kita boleh akan produk yang dimiliki oleh Yahudi yang dipercayai menyumbang kepada tabung mereka, macam McDonald, Starbucks, etc.

OK, inshaAllah. Nampak boleh dibuat.

Tapi ada satu lagi hal. Aku lalai. Perang nun jauh di mata. Sepertinya jauh. Tapi tiada yang jauh. Teringat luahan rakyat Syria, mereka tak pernah menyangka peperangan akan terjadi pada mereka. Tiba-tiba negara mereka musnah. Aku? Sekarang rakyat Malaysia struggle nak cukupkan keperluan, dalam pada tu rata-rata rakyat mempunyai telefon canggih, berupaya menonton hiburan di Youtube 24 jam, di mana-mana termasuk aku. Tapi aku rasa lemah. Thesis yang ku hadap seolah tidak bergerak. Aku teringin sekali mengambil semangat rakyat Palentin, Syria, Yaman, supaya menjadikan aku bersyukur, bersemangat, tapi semuanya umpama angan-angan mat jenin, terawang-awang dan tak pernah berpijak di bumi nyata.

Setakat ini aku belum terjumpa dengan semangatku. 
Takkan aku macam ni, biasa biasa?
Bak kata Saiful Islam, "Tuhan tak menjadikan aku biasa-biasa".
Aku tak nak jadi biasa-biasa. Biasa-biasa bosan. Macam buih-buih tu yang hilang dan pergi silih berganti. Ada tak apa, tiada pun tak apa. Kesiannya aku kalau terus begini.

Akhirnya, jangan lupa doalah untuk diri sendiri yang nampak lebih kasihan dan malang ini daripada rakyat Palestin yang tiap saat hati mereka tak pernah alpa.....

-Perpustakaan Sultan Abdul Samad
8 Disember 2017.

Monday, October 16, 2017

Al ma'thurat

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak berkongsi tentang sebuah perjalanan aku dengan al Ma'thurat (Versi yang ringkas)
Ramai yang mengetahui bahawa al Ma'thurat adalah sebuah kompilasi ayat al-Quran dan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW). Ia dikompilasikan oleh Al-Syahid Imam Hassan al-Banna. Ma'thur ni bermaksud 'yang utama', seingat aku yang ustaz pernah cakap (kalau salah tolong betulkan).

Dulu masa sekolah asrama kat Pilah ustazah pesan suruh baca zikir ni. Tapi masa dah penghujung form 5, so tak sempat nak amalkan di sekolah pun. Seingat aku kat surau asrama takde lagi al-ma'thurat.

Bila aku masuk matrikulasi, aku baca al-ma'thurat. Aku baca yang ringkas sahaja. Tak ingat dari mana aku dapat bukunya. Beli sendiri kot. Masa di matrikulasi tu hidup aku dibayangi oleh keputusan SPM yng biasa-biasa, tak cemerlang. Dan dibayangi oleh kehidupan asrama sekolah yang tak berapa best. Jadi perasaan yang tak best tu menolak aku supaya banyak membaca al-Quran dan al-ma'thurat.

Bila aku habis matrikulasi, aku masuk kampus utama UPM. Duduk di kolej Pendeta Zaa'ba (kolej ni nama bagi asrama kami, jangan terkeliru pulak). Setiap kali selesai solat Subuh dan Asar imam akan mengetuai bacaan al-Ma'thurat. Aku jarang solat Asar bersama, sebab waktu petang macam tu biasanya di kampus, bukan di asrama. Aku rasa sangat aneh dari mana datangnya perasaan nak duduk di surau join solat jemaah. Mungkin aku dah terbiasa duduk di asrama dulu 5 tahun. So bila dapat berjemaah tu rasa seronok sangat. Tapi sekali lagi kekuatan untuk beramal tu datangnya daripada 'rasa susah study kat UPM'. Aku ambik kursus kejuruteraan biologi dan pertanian. Aku rasa susah, memang kena struggle. Sebab tu aku perlukan Allah utk tolong aku.

Bila dah kerja aku masih amalkan al-Ma'thurat.

Bila dah kawin, dah ada anak kecik aku dah jarang baca al-Ma'thurat. Kawan sekerja aku pesan, "huda, dah ada anak ni lagi awak kena banyakkan amal". Aku setuju, tapi masa sangat cemburu, aku sibuk sangat pagi, petang, malam dgn anak kecik. Heeee...

Tapi ke mana-mana aku mesti bawak al-Ma'thurat aku. Sampai koyak-koyak. Masa kat Belanda sambung buat master, al-Ma'thurat aku masih ada. Tapi kadang-kadang je baca.

Bila aku buat PhD macam tu lah jugak. Takdelah pagi petang macam masa anak dara dulu. Tapi aku masih baca, cuma tak se konsisten dulu. Satu hari bila aku rasa sangat susah buat PhD, aku tertolak semula utk amalkan al-Ma'thurat. Perasaan tu datang juga sebabkan rindu. Aku tengah bawak kereta, jalan sesak. Jadi aku fikir, alangkah baiknya kalau aku hafal al-Ma'thurat. Boleh baca sambil bawak kereta. Jadi aku hafalkan al-Ma'thurat. Sekali lagi perasaan nak baca ini datang daripada rasa 'susah'.

Kesimpulan dari kisah di atas;
1- Ustazah ajar aku baca al-Ma'thurat, aku baca, dan aku dapati kesemuanya adalah berdasarkan dalil yang sah. Jadi why not.
2- Proses baca adalah seperti baca sahaja tanpa ambik kira makna. Kemudian baca makna, tapi tiada penghayatan.
3- Lama kelamaan, apabila lebih matang (lebih tua), masalah yang dihadapi lebih kompleks. Jadi otak lebih banyak menghadam semua kesusahan. Proses penghadaman kesusahan hidup akan kembali kepada Pencipta. Kerana pada kebanyakan masa takde manusia yang dapat tolong. Jadi hanya kepada Allah tempat mengadu.

------> proses di atas penting utk mendidik diri dan orang lain. Diajar, belajar, beramal tanpa faham, beramal dengan kefahaman yang sedikit demi sedikit bertambah.
------> kita akan bergantung kepada Pencipta kerana kesusahan hidup yang kita alami. Merasakan susah, tak bahagia, tidak berada dalam zon selesa membuatkan kita mencari Allah.
------> Jadi, sabarlah dalam kesusahan. Ada makna yang lebih besar disebalik kesusahan itu.

Ini contoh pengajaran yang aku dapat.

Yang pertama (1);

PENGAKUAN SEGALA NIKMAT DARI ALLAH (sila rujuk bahasa Arab dari Ma'thurat anda)Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan
nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di
antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak
bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.


--------> pengajaran yang aku dapat ialah: dulu apabila melihat orang yang mendapat nikmat lebih dariku, aku akan berasa sangat rendah diri. Tapi ayat di atas mengajar aku supaya sedar bahawa semua nikmat dari Allah. Jadi aku jangan rendah diri kepada makhluk, sebab rezeki mereka jua dari Allah. Aku wajib bersyukur dengan rezeki yng Allah bagi aku. Jangan rendah diri. Jalanlah dengan senyuman.

Yang kedua (2);

Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau

kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang
Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan)
yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam
waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan
sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah
yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang
hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki sesiapa yang
Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya.”
(A-li ‘Imraan: 26-27)


Ayat di atas mengajarkan aku supaya jangan takut kepada bos. Mereka dapat kuasa daripada Allah jua. Juga kepada pemerintah di Malaysia. Kuasa yang ada itu pemberian Allah, juga boleh di tarik oleh Allah pada bila-bila masa. So kalau mengundi, parti yang kita sokong kalah, berlapang dadalah. Allah maha Tahu.

Juga Allah bagi kemuliaan atau kehinaan pada siapa saja yang Allah nak. Kemuliaan seseorang bukan pada harta, pangkat, darjat, ilmu. Sebab kadang bila rasa rendah diri menyinggah, aku ingat ayat ni. Aku doa Allah muliakan ku, jangan hinakan ku, dunia akhirat.

Allah yang kuasa atas sekelian alam. So huda jangan takut pada pandangan manusia. Sebab semua  manusia bawah kekuasaan Allah. Manusia takde power hatta ke atas diri mereka sendiri pun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tamat. Banyak lagi yang masih kena belajar. Aku cuma faham satu dua ayat. Itupun cuma dari versi ringkas. Tapi wajib syukur walau sikit. Moga ada orang dapat manfaat dari tulisan aku. Amin.

Sunday, August 20, 2017

Khabar buat ibu.

https://www.youtube.com/watch?v=Id5pVF-Izyg

Khabar buat ibu, Alleycats.

Ke hadapan ibuku 
Yang sangatku cintai 
Dengarlah khabar ini 
Tentang calon menantu

Orangnya sederhana tidak berlebihan 
Tapi cergas serta pintar 
Dan dia kan membantu
Dalam urusan seharian

Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami 
Kami telah berjanji akan saling menghormati 
Harap ibu kan taburkan beras kunyit 
Di depan halaman rumah 
Menyambut kepulangan kami berdua oh ibu ku

( korus ) 
Ku menyintainya 
Seperti ayah menyintaimu 
Dan dia menyintaiku 
Seperti kau cintakan ayah


Lagu ni...
Memberi satu perasaan aneh dalam diri. Antara sedih dan syukur.
Buat yang sudah ada, hargai..
Buat yang masih belum bertemu, jangan putus asa...sentiasa berdoa..
Buat yang kehilangan, kau pasti sedih, tapi tak mengapa, moga Allah menggantikan mu dengan seorang yang lebih mulia...ingat kan kisah Ummu Salamah isteri Rasulullah Shollallahu Alaihiwasalam.

Thursday, July 6, 2017

Finally one of my works got published


After about 6 years, I finally published one article in an open access journal. Many hours of laboratory work including a few nights staying up in a cold, scary lab, hours of writing (at home, at libraries (UPM and Ipoh), in a hotel room in Penang, in Wageningen (my office and rental rooms)), after many reviews and critics by my supervisors, and after it was rejected twice by other journals, finally the paper got published.

The strange thing is, I am more worried than happy. Let me tell you why. For me, having a publication is a kind of contribution I give to the society. The publication must be scientifically acceptable, though it may not be something perfect. Therefore, it is perfectly valid for discussion. Hopefully some people will find it beneficial.

Anyways, may Allah put barakah in it. I know very little. The knowledge which was written in the publication is only 0.000000000000000001% from the knowledge that ever existed. However insignificance or significance it may be, no one knows. I should never underestimate it. And what is important, be THANKFUL. Smile!

N., Mohamed Ramli, M.C.J. Verdegem, F.M. Yusoff, M.K. Zulkifely, J.A.J. Verreth  (2017). Removal of ammonium and nitrate in recirculating aquaculture systems by the epiphyte Stigeoclonium nanum immobilized in alginate beads. Aquacult Environ Interact, Vol 9, 213-222.

Sunday, July 2, 2017

Hidup itu singkat, tapi kenapa aku dan kau masih leka?

Dalam al Quran ada menyebutkan dunia ini singkat. 
Singkatnya dunia takkan dapat dirasa oleh oleh jiwa yang lemah,
selagi akhirat belum terbentang di depan mata. 
Namun akal waras yang menerima ilmu bahawa dunia itu singkat jangan disiakan. 
Dari akal itu pandulah hati dan jiwa yang lemah agar setiap saat dan detik tidak berlalu dengan sia-sia. 

Bukankah Tuhanmu telah berfirman demi MASA? 
1) Demi masa
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.



untuk bacaan lanjut -> 

https://muslim.or.id/22682-dunia-bagai-bunga-yang-dipetik-kemudian-layu.html

Thursday, June 15, 2017

Sudah jatuh ditimpa tangga

Assalamualaikum warahmatullah.

Beberapa tahun lepas semasa memandu ke tempat kerja biasalah aku mesti dengar radio IKIM. Masa tu Usatazah Nurhafizah Musa sedang ke udara. Topiknya berkisarkan tentang macam mana nak tangani emosi yang sedih, jadi ada banyak ustazah dapat panggilan daripada pendengar. Salah satu yang saya paling ingat, ada seorang kakak ni sedih mengadu pada ustazah, katanya suaminya hendak kahwin lagi satu. Respon ustazah sangat menarik. Yang aku ingat, ustazah kata nak buat macam mana, tak boleh dihalang orang yang dah nak kahwin lagi. Biarlah dengan suami tu, mungkin dia seronok, tapi bayangkan nanti dia beranak kecil sedangkan umurnya sudah tua. Adakah kakak nak begitu? Dan ustazah kata, yang boleh kita kawal ialah diri kita. Enjoylah dengan apa yang Allah dah beri. Anak-anak yang besar, dah ada lebih masa untuk diri sendiri, isikan dengan perkara yang bermanfaat dan menggembirakan. Dan aku ingat ustazah cakap, dahlah orang buat kita begitu, respon kita pada keadaan kalau tak menguntungkan kita, ibaratnya kita ni sudahlah jatuh ditimpa tangga..

........OK, cerita di atas berlaku lebih kurang 2-3 tahun dulu. Aku ingat, suka, hargai ilmu tu, tapi macam biasalah, penghayatan belum lagi. Kata kunci yang ustazah cakap, sudahlah jatuh ditimpa tangga.

Awal tahun ni, ingatan tentang pesan ustazah makin kuat ku rasakan. Puncanya, aku sangat tertekan kerana PhD ku ini macam tak nampak bila nak habis. Tertekan sebab dah takde gaji, tertekan sebab bila takde gaji masa yang aku ada untuk menulis thesis semakin sedikit sebab semua urusan hantar ambil anak, masak, aku kena buat sendiri. No more tapau atau duduk kedai makan kerap macam dulu. Jadi purata menulis thesis cuma sekitar 2 jam sehari. Dengan masalah thesis yang belum siap, tambah lagi dengan cabaran menguruskan kewangan. :) Fuh..memang menguji emosi dan kesihatan akal. Bila pergi kerja pulak, tak tahan malu nak hadap muka dekan, pensyarah yang rajin tanya bila nak habis PhD? Aduhhh...

Tapi aku ingat balik, aku ni takkan nak jadi 'sudahlah jatuh ditimpa tangga?' Kesian pulak aku dengan diri sendiri. Bermati-matian berusaha, namun rezeki masih belum dikurniakan Allah. Tapi mana boleh marah dengan Allah sebab perancangan Allah tu terbaik. Tiada ragu. Cuba, kena sabar, wajib sabar. 

Disebabkan muncul rasa hormat dan sayang diri sendiri, aku mengejutkan diri aku dari sedih atau risau itu. Aku mesti ubah attitude. Aku sudah jatuh dengan izin Allah. Tapi aku tak boleh biarkan diriku ditimpa tangga. Jadi dengan penuh semangat dan rasa hormat dengan diri, dan redha dengan takdir Allah, aku berazam untuk mengamalkan attitude yang lebih positif.

Cara-caranya ialah;

1- Banyakkan syukur. Aku baca, dengar dari ceramah ustaz/ustazah tentang syukur. Apa yang al-Quran cakap tentang syukur. Hinggalah aku paling ingat Surah Ibrahim ayat 7Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". 

2- Ingat tentang luasnya rezeki Allah. Teringat aku Ustaz Nouman kupas tentang ayat 8 surah Ali Imran, (Ayat: 8) (رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوبَنَا)“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan” maksudnya, janganlah Engkau menyimpangkan hati kami dari kebenaran kepada kebatilan, (بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَة) “sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau” yang dengannya akan baik, segala kondisi kami. (إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) “Karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi, (karunia).”

- Ustaz kata مِن لَّدُنكَ رَحْمَة tu besar sangat ertinya. Rahmat disisi Allah itu ialah sangat hebat, tak terjangkau di akal kita, "special vault" istilah yang ustaz guna. 

Jadi dengan 2 dalil al Quran di atas itu, sudah terlalu cukup untuk aku mengamalkan attitude yang lebih positif dan buat aku rasa lapang, dunia rasa luas. Nikmatilah kesusahan yang sedikit ini dengan harga diri yang tinggi. Walau terasa pahit di hati, senyumlah. Bila jumpa dengan orang lain, jangan rasa rendah diri. Sebab apa kesenangan yang orang lain ada itupun dari Tuhan yang sama. Percayalah dengan janji Allah, setiap kesusahan akan beriring dengan kesenangan. 

Dan pokok pangkalnya aku tak nak diriku ini ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'.  Biarlah aku jatuh, sakit, tapi di sebalik sakitnya jatuh itu, aku tambah sedar diri. Sedar aku ni hamba. Banyak lagi nikmat Tuhan lain yang aku lupa syukuri. Aku mesti usahakan untuk jadi hamba Tuhan yang lebih baik. Janganlah sampai Tuhan ambil lagi nikmat-nikmat lain baru aku nak sedar yang aku ini hamba Tuhan?

Ye...senyumlah. Jalanlah ke depan, senyumlah pada dunia dan semua makhluknya. Rasakan angin sepoi yang membelai, dengarkan kicauan burung yang merdu, dan syukurilah riuh rendah anak-anak di rumah. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang aku dustakan?? Sebab selagi kita masih bernyawa, selagi itu peluang masih ada. Siapa tahu esok aku dapat gunung emas? :P. By the way, dalam syurga ramai orang miskin. Allahuakbar. Apalah yang aku nak kejar ni sebenarnya? 

Oi, koje koje. Thesis bila nak siap?

Best regards,
Huda.



Monday, June 12, 2017

Buat sesuatu untuk siapa?

Assalamualaikum warahmatullah.

Konsep berbuat sesuatu kerana Allah telah aku pelajari sejak kecil. Perkara ni tak dapat dirasakan sangat sehinggalah sejak 4 atau 5 tahun lepas, bila aku dah semakin dewasa. Dulu, kebanyakan perkara dilalui begitu sahaja kecuali bagi ibadah puasa dan solat, sebelum ia dilaksanakan memang kita diajarkan 'kerana Allah'. Tetapi yang lain, pergi sekolah, balik sekolah, bila dah dewasa pergi kerja, balik kerja..semuanya bagaikan automatik. Sedar diri ni hamba Allah, tapi penghayatan tu separa sedar. Sebab tu agaknya bila kena marah, bila rasa nak buat baik atau malas nak layan seseorang atau sesuatu perkara, emosi tu selalu berlebih-lebih. Cuma alhamdulillah sejak kebelakangan ni rasa 'kerana Allah' tu bertambah baik. Okay, nak faham lagi, jom kita hayati situasi di bawah ni.


Sama jugak kalau kita tolong orang. Orang tu cakap terima kasih tak? Response kita, marah tak bila orang tu tak cakap terima kasih dan tak hargai? Atau happy sangat ke kalau orang tu cakap terima kasih dan hargai sangat pertolongan kita?

Dalam dua senario di atas, kita boleh happy atau syukur bila orang senyum balik pada kita, atau bila orang cakap terima kasih dan hargai kita. Ini lumrah. Manusia akan rasa happy bila orang layan kita dengan baik.

Tapi, kalau orang tu sombong, dan orang tak hargai kita? Lumrahnya kita akan rasa tak happy, frust, marah. 

Tapi...... kalau masa kita senyum atau masa kita tolong tu kita penuh sedar yang kita buat ni kerana Allah, kita takkan rasa sedih bila orang balas yang tak seperti kita harapkan. Sebab kita tahu dan 100% sedar, kita buat kerana Allah bukan kerana makhluk. Jadi kita senyum pada orang, dengan harapan Allah senyum pada kita. Kita tolong orang dengan harapan Allah senyum pada kita.

Jom! Buat sesuatu kerana Allah kerana pada akhirnya kita nak Allah suka, dan cuma Allah je yang bagi rezeki baik kat kita melalui hamba-Nya. :)

Monday, June 5, 2017

Konsep mengajar dan belajar melalui menulis.

Mengajar dan belajar.
Ini satu asas dalam kehidupan. Tak kiralah siapa pun kita. Kalau menurut dalil yang jelas, setelah Allah menciptakan Nabi Adam alaihissalam, Allah mengajarkan kepada baginda nama-nama benda seluruhnya (intipati ayat 31 surah al-Baqarah). Jadi sebagai cucu cicit Nabi Adam alaihissalam, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk belajar.

Salah satu medium untuk mengajar (diri sendiri) dan belajar (dari pengalaman hidup dan apa kita temukan sehari-hari) ialah menulis. Inilah jawapan mengapa aku menulis blog ini, untuk mngajar dan belajar. Jadi setelah aku berfikir dan berfikir lebih terperinci mengapa dan bagaimana untuk aku menulis di blog ini, aku telah mencapai beberapa resolusi yang aku tak dapat dalam mana-mana persidangan pun, cuma persidangan dalam hati je masa memandu kancil pergi balik kerja.

Resolusi pertama;

Menulis sebab merasakan sesuatu yang aku alami itu mesti ada pengajaran disebaliknya. Kalau aku susah, apa pelajaran di sebalik susah itu. Kalau aku senang, apa pelajaran di sebalik senang aku. Harus diingat, ini bukan untuk membanding-banding kesusahan atau kesenangan aku dengan orang lain. Sah-sah sesusah atau sesenang mana kita, pasti ada yang lebih susah dan senang berbanding kita.

Resolusi kedua: 

Untuk mengasah otak berfikir secara sistematik. Menulis adalah satu cara mengasah otak menjadi lebih baik. 

Resolusi ketiga:

Untuk menyampaikan. Sabda baginda Nabi SAW, sampaikanlah walau satu ayat.

OK! Itu je!

Monday, May 22, 2017

Akhlak seorang penyelia PhD

Assalamualaikum

Kadangkala rasa geli hati bila baca balik entri yang lepas. Tulisan ku ni banyak berasaskan emosi berbanding fakta. Jadi sebab tu rasa geli hati, kadang kala malu, apatah lagi jika nak promosikan blog ni, pasti lebih malu. :)

Ada sesuatu yang aku nak share. Semalam aku ada skype meeting dengan lecturer ku dari Belanda. Apa lagi, soal jawab soal jawab, terkial-kial lah aku menjawabnya. Ada jawapan contradict, bila disoal semula aku terdiam. Tapi nak cerita tentang akhlak lecturer ku itu, atau lebih tepat penyelia PhD ku itu, memang akhlak mereka terbaik. Walaupun aku dengan segala cacat cela ini, mereka tidak pernah sekali mencela ku. Bila aku tidak tahu, aku bertanya semula, mereka akan terangkan. Cara mereka fikir sangat objektif. Kalau ada sesuatu yang aku buat salah, meraka akan bagi tahu akan beri idea macam mana untuk baiki. Matlamat mereka nak capai objektif, iaitu aku mesti siapkan tesis PhD aku tahun ini.

Aku rasa inilah hadiah terindah aku sepanjang 6 tahun (lebih) buat PhD ni (tak payah nak heran, aku lembap sikit, sebab tu PhD ni ambik masa. :) Takpelah lain kali aku cerita apa faktor lain yang mungkin jadi penyebab kepada lamanya aku belajar).  Oh, ape hadiah tadi? Dapat guru@ penyelia PhD yang sabar, baik, berilmu, dan nak berkongsi ilmu mereka dengan aku.  Terima kasih cikgu!

Tuesday, May 16, 2017

Kancil burukku

Assalamualaikum.

Soal rezeki janganlah diungkit-ungkit atau dipersoalkan kerana yang berkuasa memberinya cuma Allah. Manusia cuma menjadi pengantara. Ingat ini. Supaya kita tidak berasa sedih, terkilan, malu atau apa-apa sahaja sebab kita tahu Allah yang Maha Kaya itu juga Maha Pemberi dan Maha Sempurna. Allah cuma akan beri yang terbaik sahaja buat hamba-Nya sesuai dengan keadaan hamba tersebut.

Ada satu cerita. Suatu hari aku dan anakku yang kedua, Nur Fatima yang pada masa itu berumur 8 tahun dalam perjalanan ke sekolahnya menaiki kancilku yang berusia hampir 12 tahun pada waktu itu. Dia berkata, "Ima rasa malu naik kereta mama ni." Syukur, pada waktu itu emosiku sedang stabil dan ceria. Apabila mendengar soalan Fatima, lebar senyumku dan ada rasa teruja. Lantas ku soal dia kembali, "kenapa Ima rasa macam tu?". "Iyalah, kancil mama nikan dah buruk," jawabnya. Berfikir sejenak, lalu aku pun menjawab, "Allah Maha Kaya, Allah yang ciptakan langit, bumi, matahari, dan semua makhluk yang ada di dunia ni Allah yang ciptakan. Jadi, Allah mesti ada sebab tersendiri kenapa dia bagi kancil ni pada mama. Ima tahu, kancil ni takde hutang, dia tak susahkan mama, minyak murah. Kita kena bersyukur sebab ada orang lagi susah dari kita. Kereta buruk pun tiada", begitulah serba sedikit peneranganku pada Fatima. Dia nampaknya berpuas hati dengan penjelasan ku. Harap-harap dia benar faham. :)

Sebenarnya aku yakin, Allah juga mengajarku melalui anak kecil ku itu. Tidak dapat dinafikan, umurku pada waktu itu sudah 36 tahun. Bahkan tatkala aku menulis coretan ini umurku akan mencecah 37 tahun dan aku masih memandu kancil buruk itu. Ada orang, pada usia begini sudah memiliki kereta besar, rumah besar, dan badanpun besar. Tapi aku tidak seperti mereka. Sesekali terdetik juga dalam hati sampai bila aku akan begini? Sesungguhnya, kalau kita mula membandingkan diri dengan orang lain, memang kita takkan gembira. Tapi kita mesti tahu perjalanan hidup setiap kita berbeza. Siapa yang tak inginkan kesenangan. Tapi caturan Allah itu tak siapa tahu. Kita cuma boleh berusaha dan selebihnya serahkan pada Allah. Jadi, tatkala aku terasa kecil memandang orang di sekeliling ku, aku pejamkan mata, ku fokuskan akalku dan hatiku membayangkan perjalanan ku ini hanyalah untuk kembali kepada-Nya. Setiap makhluk diciptakan istimewa di sisi-Nya. Aku tidak ketinggalan, moga aku diberi taufiq dan hidayah agar selalu redha dengan setiap ketentuannya. Supaya redha-Nya juga sentiasa menjadi milikku. Tiada lain yang lebih indah daripada mengecap redha-Nya bukan?

Oh ya, rezeki bukan saja pada material, tapi pada ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, akhlak yang terpuji, ringan mengerjakan ibadah kepada Allah, rakan sekeliling yang baik hati, guru-guru yang mengajar kita dan anak kita tanpa jemu, suami yang hebat dan banyak lagi. Kalau nak ditulis, tak tertulis nikmat dan rezeki Allah pada kita. Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu ada banyak lagi contohnya apabila kita terhindar dari kecelakaan. Tapi sebab kecelakaan itu sudah terhindar, kita tidak pernah tahu bahawa itu antara rezeki terbesar Allah untuk kita. Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan hamba-Mu yang bersyukur. Amin. :)

Jazakallah, Huda.

Monday, March 24, 2014

be thankful

have you been mad to your spouse because you think he/she never thank you enough?
have you been frustrated at your boss because he never say thank you for all the works he dumped to you?
did you felt bullied by your family members because you had to cook and clean the dishes after every meal?
If you have felt all the feelings above, you must be a great person.
However, may I ask again you one question?
HAVE YOU THANK YOUR CREATOR for the life that HE HAS BEEN GIVING TO YOU?
If you have, than you're the greatest person! :)

Sometimes we always complaint. We never satisfied with other people. Actually there's no need for you to feel so because it is hard to change people. So, what is the solution to be a happier person is by being a thankful person. People will forget but Allah NEVER FORGET. Allah has been giving you His MERCY...always be thankful to Him..

Last but not least, don't expect anyone to say thank you, or to appreciate you. Maybe to them you don't deserve their thank you because you haven't done good enough. Then correct yourself, forgive yourself, be kind to yourself by saying Alhamdulillah...astaghfirullah....ask forgiveness to Allah..and don't forget to SMILE!

Tuesday, March 11, 2014

Iya dan Jangan

Jangan..

Jangan pandang rendah pada seseorang atau pada sesuatu perkara. I know very little. Kita disuruh 'bersangka baik atas setiap perkara'. keep on telling yourself...bersangka baik. Latih diri untuk bersangka baik atas setiap perkara. Keep on saying Alhamdulillah... keep on remembering Allah so that your mind will not be full with negative thoughts. Negative thoughts will kill you. Again...what you know is very little. Focus on to your duties dan berzikir dan berdoalah sentiasa kepada Allah....

Jangan merungut dengan kesusahan. Ingatlah semua yang terjadi atas izin Allah. Ucaplah innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah beri kesabaran dan menggantikan kesusahan dengan kesenangan.

Jangan rasa susah dengan tanggungjawab. Ingatkan bahawa tanggungjawab itu semua dari pada Allah.

Jangan rasa susah apabila terasa kita memikul tanggungjawab orang lain. Berhenti sejenak untuk berfikir dan tenangkan perasaan. Ucapkanlah Alhamdulillah...puji-pujian kepada Allah.. Sebenarnya apa yang kita fikir tidak semestinya betul. Allah lebih mengetahui. Ingatlah setiap perkara datangnya dari Allah. Mohon petunjuk dari Allah agar setiap apa yang dilakukan itu mendapat redha darinya.

Jangan terlalu banyak bergaul dan bercakap kerana kita mudah melakukan dosa dengan percakapan. Cakap yang terlalu banyak boleh mematikan hati. Cakap yang perlu sahaja. Usahakanlah... Avoid joining a group of noisy people talking about nothing really important. If they need your contribution, they will ask for it. Don't be a busy body.

Iya...

Bacalah Al-Quran.

Berdoalah, sambil berusaha, sambil bertawakkal.

Berzikir, bertakbir, bertahmid..

Tundukkan pandangan.

Diam, kerana diam adalah sifat orang berjaga-jaga. Orang yang bising senang diserang musuh. Ingatlah musuhmu paling utama adalah syaitan dan nafsumu sendiri.

----Akhirnya...Ya Allah...aku tahu bukan senang untuk menjadi baik. kuatkan azamku, usahaku, tawakkalku kepada Mu untuk berakhlak mulia Ya Allah....janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri Ya Allah...amin ya rabbal a'lamiin.

Friday, January 24, 2014

why worry

Bismillahirrahmanirrahim..
I am happy because I choose to be happy.
All the responsibilities I carry are determined by Allah The Almighty.
Why worry about not getting a PhD?
Is it because I have to pay back to KPT?
Or is it because I am afraid I cannot get other job to feed my babies?
No no no life is short so no worries
Improve myself and focus all energy on completing my duties
Afterall if I think I can, only with the permission of Him I may succeed.

Sunday, January 19, 2014

To Wageningen with family or not?

My scholarship will end next February 2015. I have about 1 year to finish. I must go back to Wageningen by latest June 2014. I may go alone, or I may go with my family. Going alone means I have to endure the hard feeling of leaving my babies. Going with my family means I have to struggle to manage my babies like sending them to school, cook, taking care of them and me struggle even harder to finish my phd. Both have their good and bad stories. Allah knows best! Amin.

Saturday, March 9, 2013

writing

Dear myself,
Since I was in secondary school, I noticed that my confident level was very low. I really wanted to join the brasband group. But I never have the gut to join the other students in the long queue for registration. I believe I was talented, but I was too shy. So I only joined a choir group. There I could still sing and enjoy music.
After graduating from secondary school, I went to a private college for a matriculation program. There, I learnt more about myself. I was so used to attend solat berjemaah when I was in school and thus I just continued my routine in matrics. I still a reserve person, but sometimes I could be so loud especially when it came to giving opinion. In matriculation I really enjoy learning. I managed my time very well. I woke up daily around 4, solat, studied, attended classes, and right after Isya' I slept. That was my routine. I was happy to know that I was actually a morning person.No wonder I didn't like evening prep time when I was in school.
When I went to a university for a bachelor program, my first semester was so terrible. To be honest that was the first time I mixed with older students and different races in a class. I tought I was so stupid and couldn't cope up with studies. Later in the second semester, I worked harder, forced myself to ask in class whenever I didn't understand and made appoinments with lecturers. I was better, better in studies, managing time and mixed around with the other students. And the most important thing was I learn how to study, how to think creatively.
-----------------------------------------end of story
It is funny. Now to be honest I do not enjoy writing but I am learning. The way I learn now is by writing whatever I have in mind. It is funny because at the age of 33, I still don't have the skill to write because I do not make writing as habit. I do it only occasionlly. But now I believe it will never be too late. I will start from now. I am a researcher. A researcher must be able to write. Although writing technical paper is not similar as blog writing, I feel that blog writing is a suitable ground for me to practice, to break the feeling of 'not feeling comfortable' whenever I sit in front of my laptop and want to start writing. I will begin with writing rubbish but I know I will polish up my skill. InshaAllah.

Saturday, September 15, 2012

Facebook, teman dan fokus

Dah lama tak on facebook, dah berapa bulan tak ingat. Bukan tak rindu kawan-kawan...terutamanya kawan-kawan di luar negara, yang bukan senegara. Apalah khabar mereka di sana. Ish, aku bukan tak kenang kawan, tapi memandangkan facebook tu akan membuatkan aku terlalu leka..terpaksalah aku bertahan tiada berfacebook. Tapi syukur, kurang rasa bersalah. hehehehe...semoga Tuhan redha....amin.

Pagi ni ni aku dapat sms yang sangat menyentuh hatiku. Supervisor PhD ku menasihatkanku supaya bersabar dengan kesusahan yang aku hadapi. Beliau memintaku membaca surah Al-Imran ayat 200 yang maknanya berbunyi, "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Terima kasih Tuhan, kerana bukan sahaja mengurniakanku ketua (supervisor) yang boleh menasihatiku tentang pengajianku, bahkan juga mengajakku mengingati dan bertakwa kepada Mu.

Benar, tugasku banyak. Bukan aku seorang. Teman-teman di luar sana juga mempunyai dugaan mereka masing-masing. Jadi, fokus huda FOKUS! Tetapkan matlamat, senseng lengan..opppss..jangan sampai buka aurat. :) Jadi, bila pergi kerja, wajib usaha sungguh-sungguh. Jangan buang masa. Fokus! Rehat bila perlu. Solat tepat masa. Aurat pelihara. Pergaulan jaga. Kalau dah buat kewajipan kita, yang lain serahkan kepada Pemilik Alam Semesta. Jangan takut Jangan Sedih huda! Chioookkkk!!!!! hehehehehehe.....

Akhir kata semoga Allah terima amal saya dan amal kamu. Amin.

Thursday, June 28, 2012

Sama macam orang lain

Sama je. Setiap orang ada masalah masing-masing. Setiap orang sedang berdoa dan menunggu-nunggu doa dan harapan dimakbulkan Tuhan, supaya usaha membuahkan hasil.

Untuk kes aku, biasalah, apa je semua pelajar seperti aku harapkan? Kalau masuk dewan periksa, mesti nak score, kalau buat research, mesti nak dapat result bagus-bagus, lepas tu last sekali dapat publish experiment tu dalam jurnal yang bagus, akhir sekali grad on time. Nampak macam senang, tapi jalannya penuh liku-liku berduri. Terutamanya macam aku yang belum boleh berdikari sepenuhnya. Masih perlukan tunjuk ajar orang untuk buat sesuatu perkara. Jadi kalau mengharapkan orang lain terpaksalah menunggu 'masa' orang. Lagi satu bab duit untuk buat research. Buat masa sekarang aku masih lagi terpaksa meminta-minta daripada kawan-kawan dan allocation daripada projek lain untuk membiaya projek ku. Apa nak buat. Emmm....dah nak masuk satu tahun lima bulan aku buat PhD, tapi belum ada satu result pun yang boleh aku reportkan. Sedih memang sedih, tapi apa nak buat. Semua yang aku dapat ni, pertolongan daripada orang, ilmu yang aku dapat, biaya yang aku dapat, semua pun rezeki daripada Allah jugak. Takpelah, bersabarlah yang boleh aku beritahu diriku.

Okay semua! Bahagian kita ialah USAHA, USAHA dan terus USAHA. Yang nak tentukan kita berjaya atau tak, hanya Allah. Semoga usaha kita berada di jalan yang betul, dan dipelihara daripada perkara-perkara mungkar. Amin. Tuhan, berkatilah semuanya dan ampunkan.....