Sunday, December 18, 2011

Puasa Ganti

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita pasal puasa ganti. Tahun 2008, sebulan saya tak puasa sebab melahirkan anak kedua. Tahun 2009, bulan Ramadhan terpaksa bayar fidyah kerana tak habis ganti puasa. Tak ingat berapa hari. Tahun 2010, bulan Ramdhan bayar fidyah lagi kerana puasa 2008 dan 2009 pun belum habis ganti. Tahun tersebut sahaja 15 hari tak puasa. Tahun 2011, bayar fidyah lagi. Dan sebelum Ramadhan 2012 mesti ganti 30 hari, tak nak bayar fidyah lagi.

Sekarang dah 23 Muharam 1433, inshaAllah tinggal 26 hari lagi yang perlu diganti. Sebenarnya saya memang tak larat berpuasa jika tidak di bulan Ramadhan. Tambahan lagi setelah 2008 (anak kedua lahir dan tempoh menyusu hingga setahun setengah, setelah itu mengandung pula anak ketiga, melahirkan pada 2010 di bulan Syaban dan sambung menyusu lagi, memang saya tak larat. Tenaga banyak diperlukan untuk menyusukan anak dan mengandung. Dan sekarang saya berpuasa ganti, memang saya tak produktif di pejabat.

Ampunkan saya wahai Tuhan. Saya wajib mencari rezeki yang halal dan berkat. Janganlah kerana lembik saya akibat puasa ganti ini membahayakan status rezeki saya. amin..