Wednesday, May 23, 2012

ada macam macam

Assalamualaikum warahmatullah,

Tersenyum-senyum aku melihat Ustaz Don di kaca tv pagi Selasa lepas. Itulah kali pertama aku malihat beliau, selama ini aku hanya mendengar sahaja cerita tentang beliau yang sangat popular itu. Dan hari ini Khamis, dah masuk 3 hari aku melihat beliau setiap jam 7.30 pagi di chanel al Hijrah.

Oh ya....aku masih dengan seluar jeans dan t-shirt burukku setiap hari ke kampus. Atau sekali sekala dengan baju kurung gaya mak cik mak cik bila aku tak perlu membuat kerja kotor di makmal. Memang tak kelihatan menarik, tapi biarlah, cukuplah aku bercantik-cantik di rumah untuk suami ku....hahahaha.

Oh, bagaimana mahu kelihatan menarik dengan menutup aurat dan praktikal??? akan ku fikirkan lagi.

Bagaimana pula untuk menambah ilmu di dada? Banyakkan membaca, kita wajib luangkan masa...nanti aku fikirkan cara pelaksaannya. yang penting mesti ada 'tajuk'. contohnya, hari ni aku nak belajar tentang pengiraan sel mikroalga. Nah, tetapkan objektif, dan cari maklumat!

Bila masa pula nak ajar anak mengaji? atau baca buku?

Bila masa nak tulis berkenaan kajian PhD??

OOOhhhhhhh....hari ini aku belajar erti spontan. (perkataan spontan ini telah diingatkan dalam diriku semasa menonton siri Laskar Pelangi Selasa lalu, jam 8.30 malam di tv al Hijrah). Buat ketika ini, aku PERLU sentiasa tahu akan KEWAJIPAN ku.... perlu tahu bila deadline akan setiap perkara...dan LAKUKAN. Kadangkala PENTING untuk SPONTAN. Bila rasakan sesuai, lakukan. Tak perlu banyak fikir. Contohnya pagi ini aku luangkan masa dengan Fatima, gadis genit beumur 4 tahun membaca bukunya. tak sampai 10 min, tapi cukup bagiku daripada tiada langsung. Okay, contoh kedua, hari ini aku pergi ke MAEPS, di Danau Perikanan melihat sistem akuakultur tertutup milik Fisheries Research Institute dengan rakan-rakan pegawai teknikal sekaligus membelanja mereka sarapan pagi. Spontan kerana aku sedar ada perkara besar lain perlu aku lakukan, tapi tak mengapa, lakukan apa yang ku tiba-tiba rasakan boleh!

Oh ya, harus berhenti dahulu, memberi laluan kepada sesuatu yang lebih penting, menyiapkan kertas cadangan untuk permohonan geran penyelidikan. Teruskan Huda!!! Tiada yang mustahil, selagi aku yakin ada KUASA KUAT di belakang ku. 

okay, sampai jumpa lagi.

-norulhuda, aquatic animal health laboratory, 145 pm, 24/5/2012.