Monday, October 16, 2017

Al ma'thurat

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak berkongsi tentang sebuah perjalanan aku dengan al Ma'thurat (Versi yang ringkas)
Ramai yang mengetahui bahawa al Ma'thurat adalah sebuah kompilasi ayat al-Quran dan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW). Ia dikompilasikan oleh Al-Syahid Imam Hassan al-Banna. Ma'thur ni bermaksud 'yang utama', seingat aku yang ustaz pernah cakap (kalau salah tolong betulkan).

Dulu masa sekolah asrama kat Pilah ustazah pesan suruh baca zikir ni. Tapi masa dah penghujung form 5, so tak sempat nak amalkan di sekolah pun. Seingat aku kat surau asrama takde lagi al-ma'thurat.

Bila aku masuk matrikulasi, aku baca al-ma'thurat. Aku baca yang ringkas sahaja. Tak ingat dari mana aku dapat bukunya. Beli sendiri kot. Masa di matrikulasi tu hidup aku dibayangi oleh keputusan SPM yng biasa-biasa, tak cemerlang. Dan dibayangi oleh kehidupan asrama sekolah yang tak berapa best. Jadi perasaan yang tak best tu menolak aku supaya banyak membaca al-Quran dan al-ma'thurat.

Bila aku habis matrikulasi, aku masuk kampus utama UPM. Duduk di kolej Pendeta Zaa'ba (kolej ni nama bagi asrama kami, jangan terkeliru pulak). Setiap kali selesai solat Subuh dan Asar imam akan mengetuai bacaan al-Ma'thurat. Aku jarang solat Asar bersama, sebab waktu petang macam tu biasanya di kampus, bukan di asrama. Aku rasa sangat aneh dari mana datangnya perasaan nak duduk di surau join solat jemaah. Mungkin aku dah terbiasa duduk di asrama dulu 5 tahun. So bila dapat berjemaah tu rasa seronok sangat. Tapi sekali lagi kekuatan untuk beramal tu datangnya daripada 'rasa susah study kat UPM'. Aku ambik kursus kejuruteraan biologi dan pertanian. Aku rasa susah, memang kena struggle. Sebab tu aku perlukan Allah utk tolong aku.

Bila dah kerja aku masih amalkan al-Ma'thurat.

Bila dah kawin, dah ada anak kecik aku dah jarang baca al-Ma'thurat. Kawan sekerja aku pesan, "huda, dah ada anak ni lagi awak kena banyakkan amal". Aku setuju, tapi masa sangat cemburu, aku sibuk sangat pagi, petang, malam dgn anak kecik. Heeee...

Tapi ke mana-mana aku mesti bawak al-Ma'thurat aku. Sampai koyak-koyak. Masa kat Belanda sambung buat master, al-Ma'thurat aku masih ada. Tapi kadang-kadang je baca.

Bila aku buat PhD macam tu lah jugak. Takdelah pagi petang macam masa anak dara dulu. Tapi aku masih baca, cuma tak se konsisten dulu. Satu hari bila aku rasa sangat susah buat PhD, aku tertolak semula utk amalkan al-Ma'thurat. Perasaan tu datang juga sebabkan rindu. Aku tengah bawak kereta, jalan sesak. Jadi aku fikir, alangkah baiknya kalau aku hafal al-Ma'thurat. Boleh baca sambil bawak kereta. Jadi aku hafalkan al-Ma'thurat. Sekali lagi perasaan nak baca ini datang daripada rasa 'susah'.

Kesimpulan dari kisah di atas;
1- Ustazah ajar aku baca al-Ma'thurat, aku baca, dan aku dapati kesemuanya adalah berdasarkan dalil yang sah. Jadi why not.
2- Proses baca adalah seperti baca sahaja tanpa ambik kira makna. Kemudian baca makna, tapi tiada penghayatan.
3- Lama kelamaan, apabila lebih matang (lebih tua), masalah yang dihadapi lebih kompleks. Jadi otak lebih banyak menghadam semua kesusahan. Proses penghadaman kesusahan hidup akan kembali kepada Pencipta. Kerana pada kebanyakan masa takde manusia yang dapat tolong. Jadi hanya kepada Allah tempat mengadu.

------> proses di atas penting utk mendidik diri dan orang lain. Diajar, belajar, beramal tanpa faham, beramal dengan kefahaman yang sedikit demi sedikit bertambah.
------> kita akan bergantung kepada Pencipta kerana kesusahan hidup yang kita alami. Merasakan susah, tak bahagia, tidak berada dalam zon selesa membuatkan kita mencari Allah.
------> Jadi, sabarlah dalam kesusahan. Ada makna yang lebih besar disebalik kesusahan itu.

Ini contoh pengajaran yang aku dapat.

Yang pertama (1);

PENGAKUAN SEGALA NIKMAT DARI ALLAH (sila rujuk bahasa Arab dari Ma'thurat anda)Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan
nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di
antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak
bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.


--------> pengajaran yang aku dapat ialah: dulu apabila melihat orang yang mendapat nikmat lebih dariku, aku akan berasa sangat rendah diri. Tapi ayat di atas mengajar aku supaya sedar bahawa semua nikmat dari Allah. Jadi aku jangan rendah diri kepada makhluk, sebab rezeki mereka jua dari Allah. Aku wajib bersyukur dengan rezeki yng Allah bagi aku. Jangan rendah diri. Jalanlah dengan senyuman.

Yang kedua (2);

Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau

kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang
Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan)
yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam
waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan
sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah
yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang
hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki sesiapa yang
Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya.”
(A-li ‘Imraan: 26-27)


Ayat di atas mengajarkan aku supaya jangan takut kepada bos. Mereka dapat kuasa daripada Allah jua. Juga kepada pemerintah di Malaysia. Kuasa yang ada itu pemberian Allah, juga boleh di tarik oleh Allah pada bila-bila masa. So kalau mengundi, parti yang kita sokong kalah, berlapang dadalah. Allah maha Tahu.

Juga Allah bagi kemuliaan atau kehinaan pada siapa saja yang Allah nak. Kemuliaan seseorang bukan pada harta, pangkat, darjat, ilmu. Sebab kadang bila rasa rendah diri menyinggah, aku ingat ayat ni. Aku doa Allah muliakan ku, jangan hinakan ku, dunia akhirat.

Allah yang kuasa atas sekelian alam. So huda jangan takut pada pandangan manusia. Sebab semua  manusia bawah kekuasaan Allah. Manusia takde power hatta ke atas diri mereka sendiri pun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tamat. Banyak lagi yang masih kena belajar. Aku cuma faham satu dua ayat. Itupun cuma dari versi ringkas. Tapi wajib syukur walau sikit. Moga ada orang dapat manfaat dari tulisan aku. Amin.

No comments: