Friday, April 29, 2011

Harapan

Harapan boleh terbahagi kepada beberapa contohnya;

1. Harapan kepada diri sendiri
2. Harapan kepada orang lain
3. Harapan kepada Allah.

Izinkan saya menghurai ketiga-tiga harapan di atas berdasarkan pemahaman saya sendiri. Dimulai dengan harapan kepada Allah. Harapan ini adalah sesuatu yang tidak boleh putus daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Harapan kepada rahmat Allah membuatkan kita sentiasa tenang dalam menghadapi situasi apapun. Namun, praktis tidaklah semudah pemahaman. Seringkali manusia itu lupa mengharap yang terbaik, bahkan menyesali apa sahaja nasib yang menimpa diri. Tapi manusia itukan bersifat lupa dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Oleh itu, disarankan agar kita sentiasalah bersilaturrahim dengan orang-orang yang soleh dan berilmu supaya dapat sentiasa kita pelajari sesuatu yang baik daripada mereka.

Huraian kedua berkisar tentang harapan kepada orang lain. Kita selalu berpendapat sesuatu perkara itu wajib dilakukan oleh orang lain, dan sering pula orang itu lupa. Nah, apakah konsekuensinya? Adakah kita layak berasa marah, kecewa, sedih atau apa? Ya, sebagai manusia normal kita pasti berasa sesuatu. Perasaan itu maksudnya apa? Sayang, benci, prihatin? Sungguh kompleks.... Kerana, kita hanya tahu tentang persepsi kita tetapi tidak pernah tahu secara tepat akan persepsi orang lain. Kita selalunya cenderung merasakan persepsi kita betul, namun mereka juga pasti merasakan persepsi mereka betul. Jadi bagaimana? Haruskah kita terus-terusan membuat agakkan (assumption)? Jadi dalam kes ini, sekiranya harapan kita terhadap orang lain salah sama sekali, dan ternyata tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, baik kita biarkan sahaja. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka, atau letakkan diri kita di tengah-tengah. Oh, sungguh mudah menyatakan tetapi secara praktisnya pasti tidak semudah itu.

Yang terakhir ialah harapan kepada diri sendiri. Perkara yang paling utama ialah cuba belajar sebaik mungkin menangani perbezaan yang terdapat di sekeliling kita. Memaksa orang lain lain untuk berubah adalah hampir mustahil, namun memujuk diri sendiri untuk menjadi lebih rasional adalah yang terbaik. Aduh, cakap memang senang kan. Tapi inilah ciri-ciri orang yang berjaya. Tahu bila untuk berkata sesuatu, tahu bila perlunya untuk diam, dan tahu bila masanya untuk bertindak. Jadilah proaktif. Tenang.

Haraplah kepada diri sendiri untuk menjadi ibu, anak, isteri, pelajar, pekerja dan ahli masyarakat yang terbaik. Dan haraplah kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang lurus supaya kita menjadi manusia yang terbaik.

No comments: