Tuesday, May 31, 2011

apa yang saya faham tentang ISTIQAMAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Hari ini saya nak berkongsi dgn anda tentang permahaman saya akan maksud istiqamah dalam kehidupan seharian.

Perhatikan senario ini:

1. Masa sekolah dulu dan masa kita kat universiti, bila nak exam, kita bagai nak rak study. Tiba-tiba masa tengah study kita terfikir, menyesal tak study awal-awal. Tiba-tiba kita sedar otak kita ni bijak, boleh faham apa yang cikgu cuba sampaikan. Nasib baik, score exam, nasib tak baik, cukup makan. Tapi kita tahu dalam hati...sebenarnya aku boleh buat lebih baik kalau aku luangkan masa lebih untuk belajar. Bila habis exam, kita campak buku dan enjoy. Masuk semester baru, kita ulang perangai yang sama..dah nak exam, menyesal lagi...dan macam tulah sampai grad.

2. Ada masa-masanya kita bangun awal, buat kerja rumah atau kerja sekolah..kita rasa bagus (feeling good org Amerika cakap). Tapi adakalanya kita bangun lambat dan kita rasa rugi sangat. Semua program hari tu terbantut disebabkan pagi kita yang lewat.

Aha...cukuplah dua contoh terdekat dalam diri kita.

Ulasannya....andai kita istiqamah...setiap hari study...setiap hari perah otak....latih diri untuk fokus, kewajipan ini akan jadi rutin dan kita rasa tak terbeban dengan tugasan kita. Perhatikan maksud istiqamah adalah sama dengan rutin. Istiqamah akan memberikan kesan rutin dalam hidup kita.

Nampak mudah...tapi ingat. Selalunya kita berlawan dengan faktor lain yang nampak lagi best contohnya membaca facebook, membaca blog orang, berborak dengan kawan, tengok tv, jalan-jalan dan main dengan kawan, window shopping dengan suami.. Contoh yang dah saya senaraikan tadi ternyata lebih best daripada baca buku, baca jurnal, tulis paper, analisa data, kan???

Seperkara lagi, bila dah tido (terutama perempuan bila datang haid)...wah, susah betul nak bangun. Jadi bila dah rutin bangun solat subuh selama lebih kurang (28 (penuh) -7 (haid) =21 (hari bersih)) 21 hari, tiba-tiba bila haid bermula kita tido lebih sikit sebab nak balas dendam, sebenarnya kita dah rosakkan rutin 21 hari tu... :) sebab itulah kita susah nak konsisten dengan prestasi kita..

Dah, jangan panjang-panjang. Marilah kita cuba istiqamah..bangun pagi solat subuh, jangan tidor semula tapi buatlah aktiviti yang berfaedah, kemudian solat dhuha, ...sampai malam, cuba bangun solat malam. Amin...memang sangat ideal, tapi mesti ada cita-cita. Kalau gagal cuba lagi cuba lagi cuba lagi. Sambil tu doa banyak dengan Allah ya. Amin.

Terima kasih kerana membaca!

No comments: