Friday, June 17, 2011

Tiada alasan lagi.

Salam.
Dulunya (1996-1997) ketika aku di sekolah menengah aku adalah pelajar jurusan sains tulen. Hanya terdapat satu sahaja kelas sains tulen berbanding empat kelas sains kejuruteraan di sekolah ku. Jelas ketika itu hasrat kerajaan adalah untuk meramaikan jurutera di negara kita. Aku juga heran, mengapa aku layak di kelas sains tulen, kerana setahu ku, cuma mereka yang betul-betul pandai sahaja yang layak di situ. Oh, ya, sebelumnya, aku juga heran mengapa aku mendapat 8 A semasa PMR kerana sesedar aku, aku ini tidak pandai. Malahan pernah di marah oleh cikgu geografi kerana lambat menyiapkan tugasan "projek geografi"yang tersangat penting. Waduh, ini bukan marah-marah biasa ya, marah yang tersangat marah sehingga mengatakan aku lah pelajar malas yang sangat menghairankan guruku itu. Hehehe...(macam tak percaya). Aku percaya "A" yang ku perolehi untuk subjek geografi (dan subjek-subjek lain) adalah daripada pertolongan Allah semata-mata. Kerana di suatu dinihari sebelum peperiksaan PMR kertas geografi, apa yang ku baca, itulah soalan yang keluar keesokan hari nya. Memang atas izin Allah sahaja!
Dan ya, orang puteh kata "miracle does not happen twice". Jadi kemalasan ku ternyata berbayar dengan keputusan SPM ku yang hanyalah 15 aggregat. Agak memalukan untuk aku yang bersekolah di asrama penuh. Hihi..
Tapi, atas perkara lain, aku juga sibuk bercinta monyet. Realiti bahawa aku sedikit cute sebenarnya tidak berapa menguntungkan aku dari segi pelajaran. Tenaga ku yang sepatutnya dialirkan untuk belajar, telah ku bazirkan kepada menulis surat-surat cinta monyet. Hehehe. (Ternyata aku bukan suka, tapi malu dengan cinta monyet itu!).
Oh ya, sambung cerita 15 aggregat ku. Aku agak bersyukur kerana bapaku telah pulang kerahmatullah beberapa bulan sebelum SPM dan beliau tidak mengetahui akan keputusanku yang buruk itu. Kalau tidak, arwah bapaku tentu kecewa.
Jadi, dengan bosan dan patah hati aku pun mengisi borang UPU untuk ke universiti. Dapat pula aku masuk ke matrik UPM di bawah kelolaan kolej swasta, Inpens Kolej yang sekarang ini, Universiti Industri Selangor.
Di situlah aku cuba mengutip cebisan-cebisan semangat ku. Aku berusaha bersungguh-sungguh belajar setekunnya dan cuba untuk bangkit kembali....
Aduh...aku harus melakukan pekerjaan lain sekarang, jadi sambung cerita lain kali.
Mesej aku kali ini, "I not stupid, tapi malas. Sekarang, tiada alasan untuk aku tidak pandai mempelajari apakah itu 'heat shock protein'. Nanti aku sambung cerita".

No comments: