Thursday, June 30, 2011

Kenapa kita menulis blog?





Assalamualaikum warahmatullah...



Zaman sekarang dah banyak sangat blog-blog dan untuk yang lebih berani, mereka suka buat vlog (post video mereka di you tube untuk berkongsi idea). Tapi sekarang saya cuma nak fokuskan kepada blog. Kenapa kita menulis. Apa pelbagai cara penulisan yang saya perhatikan. Ada yang menulis dengan cara yang sangat mendatar (macam saya). Ada pula yang menulis cara gila-gila hingga saya rasa macam keterlaluan pulak. Ada tu nampak kreatif, bersahaja. Ada pulak yang nampak sangat dibuat-buat, cuba untuk kreatif. Ini sekadar pendapat, bukan nak menghina sesiapa. (Komen ini tidak termasuk penulisan ilmiah oleh tokoh-tokoh akademik).
Kenapa saya menulis? Bila fikir semula rasa macam tak nak menulis. Apatah lagi blog saya ni bukan ada follower. :) Dan saya rasa keliru sikit dengan diri saya. Bila bersyukur saya mengadu pada Tuhan, inshaAllah betul. Tapi bila sedih, merungut, saya letak status di facebook. Betul ke? Macam tak berapa betul...menyerabutkan fikiran orang lain je. Seolah-olah macam nak mengadu pada yang sudi, tapi sebab kita tak tahu siapa yang sudi, kita pun letaklah di facebook, dengan harapan ada yang peduli. :) Macam-macam...patutlah diam lebih baik daripada berkata-kata. Saya cuba. Cuba untuk tidak exaggerate (berlebih-lebih). Manusia memang ada kecenderungan untuk berlebih-lebih untuk kelihatan hebat, padahal perkara tak sebesar mana.. :). Mintak kita dijauhkan.




Okay, wassalam.

No comments: