Wednesday, July 6, 2011

Thank you Allah!








































Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? [Ar-Rahman: 13]



Bukankah manusia dan jin diutuskan di atas muka bumi Allah ini semata-mata untuk beribadah kepada-Nya? Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita dan menjadikan setiap deria kita di setiap saat dalam keadaan ibadah kepada Allah. Memanglah manusia itu lemah, aku lemah.. Tetapi doa itukan senjata umat mukmin..Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah. Doa biar jelas-jelas...kerana selain berharap hanya kepada Allah, doa itu juga boleh memberi imej yang jelas dalam otak kita untuk berusaha menjadikan gambaran minda kepada realiti, inshaAllah.



Sebetulnya aku cuba memberikan kekuatan kepada diriku sendiri. Tatkala ini aku masih berusaha menyiapkan proposal ku. Hari ini mesti disiapkan, setelah berbulan-bulan perbincangan demi perbincangan diadakan bersama supervisor ku, deraf demi deraf aku sediakan, masa hampir tamat. Semoga Tuhan memberikan ku kekuatan, idea yang bernas dan fokus untuk aku menulis yang terbaik untuk proposalku yang terakhir.



Bukan untuk aku sahaja, bahkan untuk sekelian umat Islam yang lain tak kira di mana kita berada. Tiada yang kecil, pesawah yang bergelumang dengan lumpur juga kerjaya besar, nelayan yang mengharung gelombang juga kerjaya besar, anak kecil yang ke sekolah juga melakukan perkara besar, pembantu rumah juga kerjaya besar. Kerana pada akhirnya yang dipandang Allah adalah usaha dan takwa kita kepada-Nya. Hidayah dan rahmat Allah untuk kita semua!



Cheer up, senyum dan bersyukurlah Huda! :)

No comments: