Wednesday, July 20, 2011

Pesanan kepada si ayah dan si ibu

Salam,
Also a reminder to myself and all beloved parents around the world,

First and foremost....dirikan solat.
Seterusnya....

1. Berikan didikan agama dan duniawi yang terbaik yang kita mampu kepada anak-anak.
2. Berikan nafkah yang halal (makanan yang halal, sumber yang halal).
3. Sekiranya buat pembelian (apa sahaja contohnya minyak kereta, sabun mandi, berus gigi) menggunakan kad kredit, buat pembayaran cepat-cepat supaya tidak dikenakan interest. Ingat, interest itu riba', riba' itu haram.
4. Jagalah aurat dengan sempurna.
5. Tundukkan pandangan, jangan memandang sesuatu yang bukan hak.
6. Bersabar dengan kerenah anak-anak. Bak kata pepatah, merekalah racun, merekalah penawar.
7. Jagalah tutur kata. Mereka belajar daripada kita.
8. Cuba usahakan supaya anak-anak kita berada dalam lingkungan orang-orang yang soleh, yang positif supaya anak-anak kita sentiasa belajar perkara yang baik.
9. Terangkan di dunia ini ada banyak anasir jahat, tapi ajar anak-anak kita berdoa supaya terpelihara daripada sesuatu yang jahat itu.
10. Kenali potensi anak-anak dan dorong mereka supaya berjaya.
11. Bercakap dengan nasihat yang jelas. Instead "jangan malas", sebut "jadi rajin". Instead, "jangan lari", sebut "jalan perlahan".
12. Doakan anak-anak kita...

Banyak lagi, but to me..these are fundamental....Allah knows best.

No comments: